Pages

Thursday 21 July 2016

Program CREAM UTM bagi Calon Pegawai Gred 41

Kira-kira seminggu sebelum raya (minggu terakhir Ramadhan) dapat emel dari UTM untuk hadir ke Program CREAM utk jawatan S41. Program CREAM tu ape? Kira macam ujian saringan untuk tapis calon2 yang layak untuk ke peringkat temuduga.

Terdapat 3 ujian dalam program ini, iaitu Ujian Kecergasan (Larian 2.4km), Ujian Kompetensi, dan Ujian Psikologi. Dalam surat (emel) menyatakan, hanya calon yang melepasi ujian kecergasan sahaja yang akan pergi ke peringkat seterusnya iaitu ujian kompetensi dan ujian psikologi.


Ujian Kecergasan

Berdebar untuk menyelesaikan ujian kecergasan, sebab tahu memang tak laju berlari. Kurang exercise, so badan memang lemau. Langkah yang diambil adalah buat training jogging. Sempat la jogging sorang2 pagi2 sebelum g keje atau petang2 lepas balik keje. Bila pikir balik, boleh pun berjogging. Tinggal nak atau tak je. Hehe. Aku ni lak jenis kalau nak sesuatu tu, aku akan cuba sedaya upaya. Tu yang joging sorang-sorang pun boleh jadi. Lagipun tak nak otot terkejut kalau datang pada hari kejadian terus berlari. Masa training sorang2 tu, sempat la amik kiraan masa. Tapi peringkat awal, memang sakit la kaki. Otot terkejut kot. Antara persediaan lain yang aku buat, bertanya dengan student sport science pasal teknik larian 2.4 km ni. Nasihat yang diberi tu, kebanyakannya aku follow.

So, pada hari kejadian, alhamdulillah aku boleh maintain langkah larian aku, n tak penat pun. Mungkin sebab follow teknik pernafasan yang student tu ajar aku (teknik yang sesuai untuk orang yg jarang training mcm aku). Cuma langkah aku tak besar. Sebab kaki aku sakitttt. Aku xtau kenapa pada hari kejadian tu, boleh pulak kaki aku sakit. Start sakit masa urusetia bawak kitorang slow jog (joging perlahan) pusing satu round padang stadium sebelum memulakan ujian. Tetiba aku rasa sakit kaki aku. Bukan sakit biasa macam buat training tu. Kawan aku kata maybe tu urat.Silap step agknye. Tahla. Xkisahla. Janji lepas.

Aku xtau berapa masa yang aku ambil untuk larian 2.4km ni. Sebab urusetia bagitau, asalkan dapat habiskan 2.4km tu. Xkisahla macamana keadaan sekalipun. Ikut kemampuan badan masing-masing. Tapi by the time aku dapat habiskan larian (6 laps), rasa macam tak percaya pun ada. Seronok masa urusetia jerit kat kita yang kita adalah last lap. Aku rasa masa yang aku ambil 20minit++ kot. Sebab aku tengok pada jam besar kat stadium tu. Lagipun, masa aku training sendiri tu, aku dah tgk kiraan masa, 1km aku boleh habiskan dalam 10minit. Kira okey lah untuk aku yang jarang berlari ni. By the time aku habis larian tu, masih ramai lagi yang belum habis. So rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah. I did it!! Dapat pegi ke ujian yang seterusnya.

Cuma untuk ujian kecergasan larian 2.4km ni, akan ada point berdasarkan tempoh masa larian kita. Sebab urusetia memang suruh kita habiskan larian tu. Dia kata, even dapat 1 point pun xpe. Just try. ;)

So, nasihat aku pulak, please dont give up kalau rasa kita ni tak kuat berlari. Try cari masa untuk training. Kalau tak ada sape2 nak teman, buat sorang2 pun xpe. Tapi pastikan tempat tu selamat lah. Kalau rasa kawasan nak joging tu bahaya, then better dont pegi sorang2. Xpun try berbasikal ke, atau buat apa sahaja senaman untuk dapatkan stamina badan. Kalau tak, risau otot terkejut nanti kalau main terus terjah.


NEXT test.... Ujian Kompetensi

Ha...ujian ni yang paling menggerunkan. Soalan die semua mencabar minda. Sebab antara perkara yang diuji dalam sesi ujian ini adalah kemahiran artikulatif, berdaya tahan, analitikal, entreprenural, inovatif, global, etc. Part ujian ni, semuanya kene bercakap. Ada yang berkumpulan, dan ada yang individu. Tapi semuanya kena bercakap. Kalau ko rasa ko memang nervous tahap kritikal bila kene bercakap, better ko try praktis bercakap2 dalam discussion ke, perbincangan kumpulan kecil ke, dalam meeting ke, etc. Praktis untuk lontarkan idea.

So, mula-mula urusetia akan bahagikan kumpulan. Lepas tu baru edarkan soalan, dan bagi penerangan ringkas untuk soalan tu. Masa aku ujian aritu, total ada 3 soalan. Tapi die akan bagi berperingkat. Bukan selepuk bagi kertas soalan. Ada 2 sesi. Sesi pagi dan petang. Untuk sesi pagi, dapat dua tugasan. Tugasan pertama, Mind War. Yang ni kene berdebat. Kita akn cabut undi sama ada kita ni pasukan pencadang atau pembangkang. Topik Soalan telah diberi masa taklimat pembahagian kumpulan tu. Masa diperuntukkan untuk setiap peserta adalah 8 minit. Ada penilai yang akan menilai kita. Dan penilai boleh tanya apa2 soalan semasa kita membentang point kita tu. Owh ye, part ni, kena bercakap dalam bahasa inggeris tau. Memang mind war sungguh. Kadang tu rasa susah nak explain sebab tak terkeluar term yang kita nak cakap tu dalam english. Tapi, penilai memang akan saiko kita sebab nak tengok daya tahan kita kan. So, kene prepare mental dan emosi.

Next part, nama ujiannya One Talk. yang ni, kita kene cabut undi no soalan. Contoh kita cabut, then dapat No 1. Pastu nanti, kita kene ke depan baru penilai tu akan bacakan soalan untuk No 1. Dan diberi masa 15 saat untuk berfikir, dan kemudian kene bercakap point kita tu dalam masa 2 minit. Yang ni kene bercakap dalam bahasa melayu. Soalan2 die semua pasal isu semasa, contoh mcm penggunaan lorong kecemasan, harga minyak, 1 Malaysia, kos sara hidup, dsb. Bagi aku, soalan tu semua memang senang. Sebab kita boleh bercakap apa sahaja yang kita terlintas berkaitan topik. Jangan diam. At least bercakap. Tapi, yang menjadikan kita macam nervous n blank nak cakap apa, adalah tempoh masa yang diberikan. Terlalu singkat, n kita akan cakap apa point shj yang terlintas di kepala. Boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Tapi, penilai ada kata, yang xde salah n xde betul. So, maksudnya, bercakap je la kan. Yang penting bercakap. Yela, Kata untuk position 41. Of course level pegawai. Jadi pegawai xkan xpandai bercakap kan. Selain aspek yang dinilai ialah analitikal, dsb.

Owh ye, sepanjang penilaian untuk mind war and one talk ni, penilai memang akan jaga masa, dan loceng akan dibunyikan untuk start dan untuk akhir. Penilaian ni semua berlangsung dalam bentuk kumpulan kecil yang telah diberi pada peringkat awal. Dan setiap kumpulan akan diletakkan di bilik2 tertentu.


Selesai mind war and one talk, then rehatttt... Pastu sambung untuk sesi petang..


Untuk Sesi Petang, mcm biasa, kena daftar dulu lah attendance. Then diberi tugasan berikutnya, dan sedikit penerangan berkaitan tajuk. Untuk sesi ni, masih duduk dalam kumpulan yang diberi, tapi tugasan ni secara individu. Diberi masa untuk prepare slide selama 30minit, then presentation 7 minit, Q&A 3 minit. Untuk sesi ni, masa kita present tu, hanya kita dengan penilai shj. Calon lain kene duduk tnggu di luar bilik. Dan..aku memang pening tahap gaban bab task ni. Kene buat business proposall..then present... ko rasa?? Forecast income sume lah. Aiyooo... Aku dahla bukan business minded. Memang antara benda yang nak dinilai adalah kita ni business minded person or tak. Business main juta2 punya tau. beratus juta. Haha. Amikk..

Soalan die berkisar tentang UTM. Die bagi situasi soalan, iaitu pasal tanah UTM di suatu lokasi. Detail pasal lokasi ada disertakan. Siap peta sume lah. Ade keluasan tanah & nilai pajakan premium ke ape tah istilah die cmtu lah. Lepastu kita kena cadangkan projek pembangunan apa yang sesuai untuk dibangunkan di kawasan situ termasuk kos pembangunan, jangkaan pendapatan, nilai dan saiz pasaran sume lah. Hahaha. Tapi bagi aku, ini semua pengalaman. Boleh buat ke tak boleh buat ke, redah je, n buat je. Jangan mengaku kalah.

Owh ye..laptop kita kena bawak sndri tau. Sbb nak prepare slide power point. Aku buat je pape pun. Hentam je pape pun. Cakap je lah pape pun. Die tanya, aku jawab je. Haha. Betul salah belakang kira. yang penting, at least ade la point kita kan.

So far, bagi aku, overall untuk ujian kompetensi ni, aku suka gak sbnrnya. Sebab die mencabar minda kita. Aku ni dah lama tepu dengan kerja harian. hahaha. Rasa bergerak lah otak n minda aku dengan kena pikir benda2 mencabar macam tu. Bgus sebenarnya program macam ni untuk pembangunan diri kita. Dan rasa bersyukur sebab terpilih untuk ujian saringan ni. Sebab ia merupakan pengalaman bagi aku. Ujian kompetensi ni bukan biasa2. Memang betul2 menguji kompetensi kita. Kompetensi tu maksudnya cekap kan. So menguji tahap kecekapan kita lah kan. Hehe..


LAST...Ujian Psikologi

Untuk ujian yang ni..xde ape sangat..Jawab je dengan jujur pasal diri kita.. Sebab tu untuk menilai personaliti kita. CUMAA... aku terperasan yang aku silap jawab masa mula2 tu. Dahla tak boleh betulkan semula tau apa yang kita dah jawab. Aku dah cek dah sbnye..tapi tah mcm mana silap tanda. Sepatutnya aku nak tanda pada "TIDAK BENAR", Tapi Tertanda pada "SANGAT BENAR". Huhuhu. Contoh soalan; 'Saya tidak pernah berbohong sepanjang hidup saya'. Boleh pulak aku tanda SANGAT BENAR. Hahaha. Nampak no nipunya kan. Tpi syukur alhamdulillah, aku perasan awal gk. Ade lah dalam 20 lebih soalan kot yang aku salah tanda. Buatnya aku salah tanda semua 83 soalan. Lagi naya... huhu..
Untuk sesi ujian ni, dibuat di makmal komputer, sebab soalan semua dalam sistem, Nanti sistem terus calculate result kita. Kita boleh tengok dalam bentuk graf dan huraian pasal personaliti diri kita.

Abis jawab untuk ujian temuduga, then boleh balikkkk... Haha... kitorang dah rasa mcm tengah orientasi pulak..


Apa pun, semua yang aku lalui sepanjang Program CREAM ni, merupakan suatu pengalaman yang tak ternilai. Sebab program ni baru lagi diperkenalkan di UTM. Sebelum ni, shortlisted terus ditemuduga.

Aku serah pada Yang Esa yang memegang rezeki setiap hambaNya. Jika ada rezekiku di situ, In shaa Allah tak ke mana. Semoga yang terbaik di sisiNya.



Sekian.... sharing dari aku.. Sape2 yang tersampai di sini sbb mencari2 psl ujian cream ni... I wish U All the best. Good luck ye. Semoga dipermudahkan. Buat sahaja yang terbaik. Dan percaya bahawa rezeki kita Allah yang pegang. Tugas kita adalah berusaha. Yang lain, serahkan padaNya.


Nota kaki: Program CREAM ni, campur gk dengan satu lagi jawatan lain. Tpi gred 41 juga. 



::UPDATE:::

Aku dapat gak panggilan temuduga. Kalau xsilap, 4hb September 2016 kot. Bertanya2 gak kawan2 peserta yang lain. Rata2 dapat gak interview ni. Mungkin semua peserta dipanggil interview. Mungkin juga ada tapisan. Tak pasti.

Result temuduga lak, mengecewakan. Gagal. Huhu. Sebelum ni, aku berjaya stage interview sebagai calon simpanan je. Ingatkan kali ni pergi, kot la Berjaya kan. Tapi tak jugak. Rezeki memang hak mutlak Allah. Semoga ada rezeki ku satu hari nanti. Kalau bukan bidang ini, mungkin bidang mengajar ke. In shaa Allah. Doakan saya ye sesiapa yang tersinggah di blog ni. Hehe.

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. fuh sy pn bru lepas , mmg mencabar minda mental sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. hehe baru perasan komen awk. dah dipanggil interview belum? soalan dia lebih kurang mcmtu gak ke atau lain?

      Delete
  3. Mcm mn teknik pernafasan tu? Share please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf baru perasan komen ni. lama dah xbukak blog ni. sy pun tak ingat dh teknik pernafasan tu. hehe. sedut 2 kali, hembus sekali kot. kalau xsilap, kne ikut rentak langkah kita. hehe

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih post ini. Membantu saya untuk ujian CREAM akhir bulan ni. saya baca post anda tahun 2019/ september..

    ReplyDelete
  6. Salam admin, tq share information mcm ni. sangat bernilai.kalau ada masa boleh pula share sesi IV tu. apa soalan2 yang diajukan atau persediaan dari segi apa kita boleh buat before IV dijalankan. apa expectation penemuduga ke. Semoga Miss Cahaya terus sukses dalam hidup didunia mahupun akhirat :)

    ReplyDelete