Pages

Friday 25 March 2022

Dunia VUCA (VUCA World)

VUCA World ni apa? Berada dalam Revolusi Industri 4.0 ini, juga berkait rapat dengan dunia VUCA. 

Maksud VUCA adalah:

V - Volatility

U - Uncertainty

C - Complexity

A - Ambiguity


Volatility

Suatu keadaan di mana perubahan berlaku dengan sangat pantas. Belum sempat adapt dengan suatu perubahan, dah muncul perubahan yang baru. Belum sempat sesuatu tu outdated, dah muncul yang updated. 

Contoh macam dunia teknologi sekarang. Kita ambil contoh paling mudah. Handphone. Sentiasa keluar model yang lebih baru dan android/ OS yang sentiasa di update version. Belum sempat hadam handphone yang sedia ada, eh dah keluar yang ada features baru. Sentiasa keluar versi baru sampai tahap tak sempat nak catchup. 

Berbeza dengan zaman sebelum IR4.0 dulu, komputer atau handphone ni makan masa yang lama untuk berubah dari satu ke satu yang lain. Cuba tengok tahun 90-an dulu, kita guna komputer yang monitor gedabak tu lama kan. Bertahun kan. Kalau sekarang, kejap2 dah keluar laptop baru, desktop baru. Wow betul. Sampai rasa dah tertinggal dengan dunia teknologi kini. 

Sekarang ni bukan setakat smartphone. Tapi ada juga smarthome, smartTV, smartkitchen, smartcar, dan bermacam2 smart lagi. Kita pula kena jadi smart untuk adapt dengan dunia yang volatile ni. 

Dunia volatile ini memberi kesan kepada kehidupan kita dan bidang-bidang tertentu seperti bidang pendidikan, perniagaan, jualan & pemasaran, dan apa jua bidang yang terlibat dengan dunia digital. Rasanya kebanyakan bidang pun terlibat dengan dunia digital kan? 

Macam saya, bekerja dalam dunia pendidikan (IPT) sudah tentu terlibat dalam perubahan drastik sebegini. Pengkhususan saya dalam bidang pengurusan perpustakaan. Semestinya terlibat dengan kemunculan dunia VUCA ini. Apatah lagi dalam pandemik covid yang membataskan pertemuan secara fizikal. Buku fizikal sudah tidak mendapat tempat lagi. Pelajar lebih suka mencari maklumat melalui Google. 

Maka, pendekatan untuk mendidik pelajar adalah di dalam kelas literasi maklumat. Dan, saya sendiri perlu melengkapkan diri saya dengan pengetahuan dunia digital supaya tak ketinggalan dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. 

Kebanyakan pelajar masa kini tahu menggunakan Google dan mencari bahan melalui internet. Tetapi, tidak semua pelajar ada kemahiran mendapatkan maklumat yang tepat seperti yang mereka kehendaki. 


Uncertainty

Suatu keadaan yang tidak pasti, tiada ketentuan. Dalam dunia VUCA, tiada keadaan atau perkara yang benar-benar pasti kerana perubahan sentiasa berlaku. 

Kita tidak boleh "stick" dengan satu pegangan tanpa mengambil kira pendapat orang lain. 


Complexity

Suatu keadaan yang terlalu kompleks dan penuh dengan keserabutan. Sehingga kita rasa sukar untuk membuat sesuatu keputusan disebabkan keserabutan dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, politik, pandemik, dsb. 



Ambiguity

Suatu keadaan yang samar2 dan tidak jelass seperti kejerebuan. Disebabkan ini, sukar untuk menjangkakan sesuatu untuk masa depan. Contoh, sukar utk tentukan halatuju organisasi disebabkan kesamaran ini. 

Kita tidak boleh salahkan majikan jika arahan kerap bertukar. Contoh dalam keadaan pandemik covid19, arahan kerajaan pun kerap berubah sehingga rakyat kadang-kadang tidak jelas yang mana satu arahan terkini yang perlu dipatuhi. 

Dunia VUCA menyaksikan perubahan berlaku terlalu laju, keadaan serba tidak menentu, pasaran saham berubah-ubah, kestabilan ekonomi dan politik kurang meyakinkan. Keadaan yang tidak jelas ini menyukarkan untuk membuat objektif sasaran dengan tepat dan jelas. 


Macam mana nak atasi dunia VUCA ni? Nanti kita sambung. 


Monday 21 March 2022

Cara Nak Tukar Emel Blogger

Saya ada beberapa blog di dalam satu akaun emel yang sama. Nak dijadikan cerita, harini terfikir nak keluarkan salah satu blog daripada emel tu, nak ditukar bawah akaun emel lain. Saya gunakan platform Blogger ni.

Buntu jap. Macam mana nak buat. Sebab semua blog saya ni menggunakan satu akaun emel. Boleh ke nak tukar ke emel lain? Content yang dah sedia ada tu macam mana?

Saya pun try lah godeh2. Ohhh.. Ada features "Add Author". So, saya try add email saya yang lain kat situ dan set kan sebagai Admin. Tadaaa. Berjaya. So, bila dah jadi admin, saya remove kan email yg asal. Ya, ia menjadi. Saya cek akaun blogger pada emel pertama saya. Sah! Blog yang sy nak remove tu takde dah. Makanya, saya yakin saya dah berjaya tukarkan emel saya.

Tapi... Saya tersedar sesuatu.. Posting lama saya yang di post menggunakan emel yg asal, takde dahhh.. Alamak! Camne ni...

Makanya, saya add semula emel pertama saya tu. So, content pn dah ada. Maka, selesai dah lah masalah saya. 😂 Cuma, satu blog saya ni ada dua emel lah (read: contributor). Boleh tgk pada profile saya ni, ada dua contributor. Dua-dua ni emel saya sendiri. Satu emel asal, satu lagi saya tambah. Sbb sy nk buka blog ni guna emel lain, maka solution sy adalah tambah je lah. Bila sy remove emel yg pertama tu, posting yang dulu2 dah hilanggg..so, sy add semula lah emel yg asal tu. Hehe.

Kesimpulannya, kalau nak tukar emel kita pada blog, boleh tambah admin/author dengan memasukkan emel kita yang lain.


Nak cari kat mana?


  1. Pergi pada Setting >> Permission >> Blog admins and authors.
  2. Tambah emel kita yang lain kat situ.
  3. Pergi kepada inbox emel yang kita dah tambah tu. Kemudian tekan "Accept invitation".
  4. Kemudian boleh cek kedua2 blogger menggunakan emel yang berbeza. Kita akan dapati blog kita boleh diakses menggunakan kedua2 emel kita.
  5. Jangan lupa jadikan kedua2 emel kita sebagai admin. Maka, kita boleh akses daripada mana2 emel kita tu nanti.

Sekian. 

Sunday 20 March 2022

BEDAH BUKU - Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Rasul

 


Tajuk: Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Rasul
Penulis: Abu Bakar Omar


Sinopsis: Buku ini menceritakan tentang sejarah kehidupan Rasulullah SAW bermula daripada kelahiran Baginda sehingga wafat.

Rasulullah SAW merupakan seorang insan hebat yang menerima ujian yang hebat sepanjang kehidupan, dan Baginda lulus kesemua ujian di atas dunia ini.

Rasulullah mula diuji semasa di dalam kandungan, Baginda kehilangan bapanya. Belum lahir lagi dah terima ujian. Hasbunallah.

Kemudian diuji dengan kehilangan ibunya Aminah ketika Baginda berumur 6 tahun. Pada ketika itu, Baginda baru mula tinggal bersama ibunya selepas tinggal bersama ibu susuannya Halimatus Saadiah. Belum sampai setahun tinggal bersama ibu dan mendapat belaian kasih ibu, Aminah wafat di Abwa' semasa dalam perjalanan bersama Rasulullah ke Madinah.  

Ketika berumur 8 tahun, Baginda diuji dengan kehilangan Datuk yang sangat Baginda sayangi iaitu Abdul Muthalib. Bersama Abdul Muthalib ini lah Baginda merasai kasih sayang setelah menjadi yatim piatu. 

Rasulullah diangkat menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun. Tentangan yang Baginda terima sangat dahsyat. Bukan setakat disakiti secara fizikal, malah disakiti mental dan emosi juga. Rasulullah dicaci dimaki dikecam. Tapi Rasulullah tetap tenang dan memaafkan malah mendoakan kebaikan buat pelaku2. Bayangkan keadaaan zaman sekarang bila kita terima kecaman cacian makian, mampu kah kita untuk terus bertenang? Sudah pasti tidak. Ya, itulah Rasulullah qudwah hasanah kita yang sangat menyayangi kita umatnya.

Buku ini juga menceritakan perjalanan2 Rasulullah ketika mula menerima wahyu untuk berhijrah. Bagaimana perjalanan Rasulullah sepanjang hijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah, Siapa yang Rasulullah temui, Apa yang Rasulullah lalui, Siapa sahabat yang menemani Rasulullah SAW?

Pelbagai siri peperangan yang Rasulullah pimpin dalam menegakkan syiar Islam dan menyampaikan dakwah kepada umat yang semakin jauh dari jalan syariat. Bermula dengan peperangan Badar yang menyaksikan kemenangan buat umat Islam. Perang Badar merupakan perang pertama bagi umat Islam dan menyaksikan pertempuran di antara tenteta Islam seramai 313 orang bersama tenteta kaum Quraisy seramai 1000 orang. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Begitulah serba sedikit isi kandungan buku ini. Ada banyak lagi topik di dalam buku ini yang sangat menarik untuk dibaca dan semoga kita dapat kenal Nabi dan lebih mencintai Nabi setelah kita memahami  sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW Saiyyidul Mursalin.