Pages

Friday 25 March 2022

Dunia VUCA (VUCA World)

VUCA World ni apa? Berada dalam Revolusi Industri 4.0 ini, juga berkait rapat dengan dunia VUCA. 

Maksud VUCA adalah:

V - Volatility

U - Uncertainty

C - Complexity

A - Ambiguity


Volatility

Suatu keadaan di mana perubahan berlaku dengan sangat pantas. Belum sempat adapt dengan suatu perubahan, dah muncul perubahan yang baru. Belum sempat sesuatu tu outdated, dah muncul yang updated. 

Contoh macam dunia teknologi sekarang. Kita ambil contoh paling mudah. Handphone. Sentiasa keluar model yang lebih baru dan android/ OS yang sentiasa di update version. Belum sempat hadam handphone yang sedia ada, eh dah keluar yang ada features baru. Sentiasa keluar versi baru sampai tahap tak sempat nak catchup. 

Berbeza dengan zaman sebelum IR4.0 dulu, komputer atau handphone ni makan masa yang lama untuk berubah dari satu ke satu yang lain. Cuba tengok tahun 90-an dulu, kita guna komputer yang monitor gedabak tu lama kan. Bertahun kan. Kalau sekarang, kejap2 dah keluar laptop baru, desktop baru. Wow betul. Sampai rasa dah tertinggal dengan dunia teknologi kini. 

Sekarang ni bukan setakat smartphone. Tapi ada juga smarthome, smartTV, smartkitchen, smartcar, dan bermacam2 smart lagi. Kita pula kena jadi smart untuk adapt dengan dunia yang volatile ni. 

Dunia volatile ini memberi kesan kepada kehidupan kita dan bidang-bidang tertentu seperti bidang pendidikan, perniagaan, jualan & pemasaran, dan apa jua bidang yang terlibat dengan dunia digital. Rasanya kebanyakan bidang pun terlibat dengan dunia digital kan? 

Macam saya, bekerja dalam dunia pendidikan (IPT) sudah tentu terlibat dalam perubahan drastik sebegini. Pengkhususan saya dalam bidang pengurusan perpustakaan. Semestinya terlibat dengan kemunculan dunia VUCA ini. Apatah lagi dalam pandemik covid yang membataskan pertemuan secara fizikal. Buku fizikal sudah tidak mendapat tempat lagi. Pelajar lebih suka mencari maklumat melalui Google. 

Maka, pendekatan untuk mendidik pelajar adalah di dalam kelas literasi maklumat. Dan, saya sendiri perlu melengkapkan diri saya dengan pengetahuan dunia digital supaya tak ketinggalan dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. 

Kebanyakan pelajar masa kini tahu menggunakan Google dan mencari bahan melalui internet. Tetapi, tidak semua pelajar ada kemahiran mendapatkan maklumat yang tepat seperti yang mereka kehendaki. 


Uncertainty

Suatu keadaan yang tidak pasti, tiada ketentuan. Dalam dunia VUCA, tiada keadaan atau perkara yang benar-benar pasti kerana perubahan sentiasa berlaku. 

Kita tidak boleh "stick" dengan satu pegangan tanpa mengambil kira pendapat orang lain. 


Complexity

Suatu keadaan yang terlalu kompleks dan penuh dengan keserabutan. Sehingga kita rasa sukar untuk membuat sesuatu keputusan disebabkan keserabutan dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, politik, pandemik, dsb. 



Ambiguity

Suatu keadaan yang samar2 dan tidak jelass seperti kejerebuan. Disebabkan ini, sukar untuk menjangkakan sesuatu untuk masa depan. Contoh, sukar utk tentukan halatuju organisasi disebabkan kesamaran ini. 

Kita tidak boleh salahkan majikan jika arahan kerap bertukar. Contoh dalam keadaan pandemik covid19, arahan kerajaan pun kerap berubah sehingga rakyat kadang-kadang tidak jelas yang mana satu arahan terkini yang perlu dipatuhi. 

Dunia VUCA menyaksikan perubahan berlaku terlalu laju, keadaan serba tidak menentu, pasaran saham berubah-ubah, kestabilan ekonomi dan politik kurang meyakinkan. Keadaan yang tidak jelas ini menyukarkan untuk membuat objektif sasaran dengan tepat dan jelas. 


Macam mana nak atasi dunia VUCA ni? Nanti kita sambung. 


No comments:

Post a Comment