Pages

Sunday 20 March 2022

BEDAH BUKU - Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Rasul

 


Tajuk: Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Rasul
Penulis: Abu Bakar Omar


Sinopsis: Buku ini menceritakan tentang sejarah kehidupan Rasulullah SAW bermula daripada kelahiran Baginda sehingga wafat.

Rasulullah SAW merupakan seorang insan hebat yang menerima ujian yang hebat sepanjang kehidupan, dan Baginda lulus kesemua ujian di atas dunia ini.

Rasulullah mula diuji semasa di dalam kandungan, Baginda kehilangan bapanya. Belum lahir lagi dah terima ujian. Hasbunallah.

Kemudian diuji dengan kehilangan ibunya Aminah ketika Baginda berumur 6 tahun. Pada ketika itu, Baginda baru mula tinggal bersama ibunya selepas tinggal bersama ibu susuannya Halimatus Saadiah. Belum sampai setahun tinggal bersama ibu dan mendapat belaian kasih ibu, Aminah wafat di Abwa' semasa dalam perjalanan bersama Rasulullah ke Madinah.  

Ketika berumur 8 tahun, Baginda diuji dengan kehilangan Datuk yang sangat Baginda sayangi iaitu Abdul Muthalib. Bersama Abdul Muthalib ini lah Baginda merasai kasih sayang setelah menjadi yatim piatu. 

Rasulullah diangkat menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun. Tentangan yang Baginda terima sangat dahsyat. Bukan setakat disakiti secara fizikal, malah disakiti mental dan emosi juga. Rasulullah dicaci dimaki dikecam. Tapi Rasulullah tetap tenang dan memaafkan malah mendoakan kebaikan buat pelaku2. Bayangkan keadaaan zaman sekarang bila kita terima kecaman cacian makian, mampu kah kita untuk terus bertenang? Sudah pasti tidak. Ya, itulah Rasulullah qudwah hasanah kita yang sangat menyayangi kita umatnya.

Buku ini juga menceritakan perjalanan2 Rasulullah ketika mula menerima wahyu untuk berhijrah. Bagaimana perjalanan Rasulullah sepanjang hijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah, Siapa yang Rasulullah temui, Apa yang Rasulullah lalui, Siapa sahabat yang menemani Rasulullah SAW?

Pelbagai siri peperangan yang Rasulullah pimpin dalam menegakkan syiar Islam dan menyampaikan dakwah kepada umat yang semakin jauh dari jalan syariat. Bermula dengan peperangan Badar yang menyaksikan kemenangan buat umat Islam. Perang Badar merupakan perang pertama bagi umat Islam dan menyaksikan pertempuran di antara tenteta Islam seramai 313 orang bersama tenteta kaum Quraisy seramai 1000 orang. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Begitulah serba sedikit isi kandungan buku ini. Ada banyak lagi topik di dalam buku ini yang sangat menarik untuk dibaca dan semoga kita dapat kenal Nabi dan lebih mencintai Nabi setelah kita memahami  sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW Saiyyidul Mursalin.

No comments:

Post a Comment