Pages

Friday, 25 March 2022

Dunia VUCA (VUCA World)

VUCA World ni apa? Berada dalam Revolusi Industri 4.0 ini, juga berkait rapat dengan dunia VUCA. 

Maksud VUCA adalah:

V - Volatility

U - Uncertainty

C - Complexity

A - Ambiguity


Volatility

Suatu keadaan di mana perubahan berlaku dengan sangat pantas. Belum sempat adapt dengan suatu perubahan, dah muncul perubahan yang baru. Belum sempat sesuatu tu outdated, dah muncul yang updated. 

Contoh macam dunia teknologi sekarang. Kita ambil contoh paling mudah. Handphone. Sentiasa keluar model yang lebih baru dan android/ OS yang sentiasa di update version. Belum sempat hadam handphone yang sedia ada, eh dah keluar yang ada features baru. Sentiasa keluar versi baru sampai tahap tak sempat nak catchup. 

Berbeza dengan zaman sebelum IR4.0 dulu, komputer atau handphone ni makan masa yang lama untuk berubah dari satu ke satu yang lain. Cuba tengok tahun 90-an dulu, kita guna komputer yang monitor gedabak tu lama kan. Bertahun kan. Kalau sekarang, kejap2 dah keluar laptop baru, desktop baru. Wow betul. Sampai rasa dah tertinggal dengan dunia teknologi kini. 

Sekarang ni bukan setakat smartphone. Tapi ada juga smarthome, smartTV, smartkitchen, smartcar, dan bermacam2 smart lagi. Kita pula kena jadi smart untuk adapt dengan dunia yang volatile ni. 

Dunia volatile ini memberi kesan kepada kehidupan kita dan bidang-bidang tertentu seperti bidang pendidikan, perniagaan, jualan & pemasaran, dan apa jua bidang yang terlibat dengan dunia digital. Rasanya kebanyakan bidang pun terlibat dengan dunia digital kan? 

Macam saya, bekerja dalam dunia pendidikan (IPT) sudah tentu terlibat dalam perubahan drastik sebegini. Pengkhususan saya dalam bidang pengurusan perpustakaan. Semestinya terlibat dengan kemunculan dunia VUCA ini. Apatah lagi dalam pandemik covid yang membataskan pertemuan secara fizikal. Buku fizikal sudah tidak mendapat tempat lagi. Pelajar lebih suka mencari maklumat melalui Google. 

Maka, pendekatan untuk mendidik pelajar adalah di dalam kelas literasi maklumat. Dan, saya sendiri perlu melengkapkan diri saya dengan pengetahuan dunia digital supaya tak ketinggalan dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. 

Kebanyakan pelajar masa kini tahu menggunakan Google dan mencari bahan melalui internet. Tetapi, tidak semua pelajar ada kemahiran mendapatkan maklumat yang tepat seperti yang mereka kehendaki. 


Uncertainty

Suatu keadaan yang tidak pasti, tiada ketentuan. Dalam dunia VUCA, tiada keadaan atau perkara yang benar-benar pasti kerana perubahan sentiasa berlaku. 

Kita tidak boleh "stick" dengan satu pegangan tanpa mengambil kira pendapat orang lain. 


Complexity

Suatu keadaan yang terlalu kompleks dan penuh dengan keserabutan. Sehingga kita rasa sukar untuk membuat sesuatu keputusan disebabkan keserabutan dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, politik, pandemik, dsb. 



Ambiguity

Suatu keadaan yang samar2 dan tidak jelass seperti kejerebuan. Disebabkan ini, sukar untuk menjangkakan sesuatu untuk masa depan. Contoh, sukar utk tentukan halatuju organisasi disebabkan kesamaran ini. 

Kita tidak boleh salahkan majikan jika arahan kerap bertukar. Contoh dalam keadaan pandemik covid19, arahan kerajaan pun kerap berubah sehingga rakyat kadang-kadang tidak jelas yang mana satu arahan terkini yang perlu dipatuhi. 

Dunia VUCA menyaksikan perubahan berlaku terlalu laju, keadaan serba tidak menentu, pasaran saham berubah-ubah, kestabilan ekonomi dan politik kurang meyakinkan. Keadaan yang tidak jelas ini menyukarkan untuk membuat objektif sasaran dengan tepat dan jelas. 


Macam mana nak atasi dunia VUCA ni? Nanti kita sambung. 


Monday, 21 March 2022

Cara Nak Tukar Emel Blogger

Saya ada beberapa blog di dalam satu akaun emel yang sama. Nak dijadikan cerita, harini terfikir nak keluarkan salah satu blog daripada emel tu, nak ditukar bawah akaun emel lain. Saya gunakan platform Blogger ni.

Buntu jap. Macam mana nak buat. Sebab semua blog saya ni menggunakan satu akaun emel. Boleh ke nak tukar ke emel lain? Content yang dah sedia ada tu macam mana?

Saya pun try lah godeh2. Ohhh.. Ada features "Add Author". So, saya try add email saya yang lain kat situ dan set kan sebagai Admin. Tadaaa. Berjaya. So, bila dah jadi admin, saya remove kan email yg asal. Ya, ia menjadi. Saya cek akaun blogger pada emel pertama saya. Sah! Blog yang sy nak remove tu takde dah. Makanya, saya yakin saya dah berjaya tukarkan emel saya.

Tapi... Saya tersedar sesuatu.. Posting lama saya yang di post menggunakan emel yg asal, takde dahhh.. Alamak! Camne ni...

Makanya, saya add semula emel pertama saya tu. So, content pn dah ada. Maka, selesai dah lah masalah saya. 😂 Cuma, satu blog saya ni ada dua emel lah (read: contributor). Boleh tgk pada profile saya ni, ada dua contributor. Dua-dua ni emel saya sendiri. Satu emel asal, satu lagi saya tambah. Sbb sy nk buka blog ni guna emel lain, maka solution sy adalah tambah je lah. Bila sy remove emel yg pertama tu, posting yang dulu2 dah hilanggg..so, sy add semula lah emel yg asal tu. Hehe.

Kesimpulannya, kalau nak tukar emel kita pada blog, boleh tambah admin/author dengan memasukkan emel kita yang lain.


Nak cari kat mana?


  1. Pergi pada Setting >> Permission >> Blog admins and authors.
  2. Tambah emel kita yang lain kat situ.
  3. Pergi kepada inbox emel yang kita dah tambah tu. Kemudian tekan "Accept invitation".
  4. Kemudian boleh cek kedua2 blogger menggunakan emel yang berbeza. Kita akan dapati blog kita boleh diakses menggunakan kedua2 emel kita.
  5. Jangan lupa jadikan kedua2 emel kita sebagai admin. Maka, kita boleh akses daripada mana2 emel kita tu nanti.

Sekian. 

Sunday, 20 March 2022

BEDAH BUKU - Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Rasul

 


Tajuk: Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Rasul
Penulis: Abu Bakar Omar


Sinopsis: Buku ini menceritakan tentang sejarah kehidupan Rasulullah SAW bermula daripada kelahiran Baginda sehingga wafat.

Rasulullah SAW merupakan seorang insan hebat yang menerima ujian yang hebat sepanjang kehidupan, dan Baginda lulus kesemua ujian di atas dunia ini.

Rasulullah mula diuji semasa di dalam kandungan, Baginda kehilangan bapanya. Belum lahir lagi dah terima ujian. Hasbunallah.

Kemudian diuji dengan kehilangan ibunya Aminah ketika Baginda berumur 6 tahun. Pada ketika itu, Baginda baru mula tinggal bersama ibunya selepas tinggal bersama ibu susuannya Halimatus Saadiah. Belum sampai setahun tinggal bersama ibu dan mendapat belaian kasih ibu, Aminah wafat di Abwa' semasa dalam perjalanan bersama Rasulullah ke Madinah.  

Ketika berumur 8 tahun, Baginda diuji dengan kehilangan Datuk yang sangat Baginda sayangi iaitu Abdul Muthalib. Bersama Abdul Muthalib ini lah Baginda merasai kasih sayang setelah menjadi yatim piatu. 

Rasulullah diangkat menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun. Tentangan yang Baginda terima sangat dahsyat. Bukan setakat disakiti secara fizikal, malah disakiti mental dan emosi juga. Rasulullah dicaci dimaki dikecam. Tapi Rasulullah tetap tenang dan memaafkan malah mendoakan kebaikan buat pelaku2. Bayangkan keadaaan zaman sekarang bila kita terima kecaman cacian makian, mampu kah kita untuk terus bertenang? Sudah pasti tidak. Ya, itulah Rasulullah qudwah hasanah kita yang sangat menyayangi kita umatnya.

Buku ini juga menceritakan perjalanan2 Rasulullah ketika mula menerima wahyu untuk berhijrah. Bagaimana perjalanan Rasulullah sepanjang hijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah, Siapa yang Rasulullah temui, Apa yang Rasulullah lalui, Siapa sahabat yang menemani Rasulullah SAW?

Pelbagai siri peperangan yang Rasulullah pimpin dalam menegakkan syiar Islam dan menyampaikan dakwah kepada umat yang semakin jauh dari jalan syariat. Bermula dengan peperangan Badar yang menyaksikan kemenangan buat umat Islam. Perang Badar merupakan perang pertama bagi umat Islam dan menyaksikan pertempuran di antara tenteta Islam seramai 313 orang bersama tenteta kaum Quraisy seramai 1000 orang. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Begitulah serba sedikit isi kandungan buku ini. Ada banyak lagi topik di dalam buku ini yang sangat menarik untuk dibaca dan semoga kita dapat kenal Nabi dan lebih mencintai Nabi setelah kita memahami  sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW Saiyyidul Mursalin.

Tuesday, 5 June 2018

RESEPI SAMBAL SOTONG

Sambal Sotong
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Sotong secukupnya
1 senduk besar cili kisar
1 biji bawang besar - hiris
2-3 sudu besar gula
Garam
1 keping asam keping

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Sotong dimasukkan dalam kuali dan panaskan atas dapur sehingga air sotong keluar dan toskan. Tujuannya supaya sambal saya tidak berair. 

Panaskan minyak yang agak banyak. Tumis bahan kisar sehingga sedikit wangi dan masukkan cili kisar. Perlahankan api dan tumis sehingga cili benar benar masak dan garing. Ia akan kelihatan sedikit berbuih bila telah garing. 

Masukkan gula terlebih dahulu bagi menjadikan warna sambal yang lebih cantik. Kacau rata. Kemudian baru dituangkan sedikit sahaja air. Masukkan sotong tadi. Kacau rata. 

Masukkan garam dan asam keping. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat kerana sotong tidak boleh dimasak terlalu lama kerana ia akan menjadi liat. 



Saturday, 15 July 2017

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.






Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.




Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  





Nota:

Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

Wednesday, 5 July 2017

Resepi Ayam Ungkep


Tak ingat dah tgk resepi kat mana haritu. Ni saya copy dari Azie Kitchen. Lebih kurang gini lah saya buat dulu. Kene tepek sini, kot2 nak buat nanti xingat dah.

Bahan-bahan:
1 kg ayam - potong 10 - perap dgn garam & kunyit -- saya masak xsampai sekilo pun aritu.
2 batang serai - dititik
3 cawan air - ikut sukati saya nak letak air bnyk mana. rasa xsampai 3 cawan pun. 1/4 kotak santan - saya tak guna santan pun.
Garam/ gula/ perasa pilihan
1/2 keping asam keping - opsyenal -- saya tak letak pun ni.
Minyak masak
Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
Sejemput serbuk ketumbar
Sejemput serbuk jintan manis
Sejemput serbuk jintan putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
15 biji cili padi -- saya guna cili hijau je sebab xbole makan pedas. tapi xsmpai 15 pun sebab ayam pun xsmpai sekilo. hehe


Cara2:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan kisar.
3. Masukkan serai.
4. Masukkan ayam.
5. Gaul2 kan dia.
6. Tutup kuali.
7. Sesekali bukak2 la untuk kacau2 dia. Kot2 melekat ke ape ke.
8. Perasakan.
9. Kalau ayam dah empuk n masak, boleh dah tutup api.
10. Angkat dan hidang.

Tuesday, 18 April 2017

Resepi Terung Balado Padang

Saya tak minat sgt makan terung dari kecik lagi. Dah besar baru cuba2 nak makan. Tapi tetap bukan pilihan utama menu bila makan kt kedai. Hehe. Bila tak minat, so saya xpernah beli terung kt kedai apatah lagi masak.

Satu hari ni, ada dapat rezeki terung. Xtau nak buat masak apa ea dengan terung ni. Terus google resepi terung goreng balado. Jumpa yang ni. Nampak simple and senang je ni. So, i followwww. Resultnyaaa.. Alhamdulillah sedappp. Tanya my mom, "Ummi, sedap x? Xpernah masak terung. First time ni." Respon ummi, "Sedap. Cukup rasa semua." Hehe. Betul lah sedap bila dah rasa sendiri. Tapi, for me, ia sedap makan panas2. Kalau dah x berapa panas, kurang urmmphh. Sebab keesokan harinya buat lagi, tapi x terus makan lepas masak tu. So x feel mcm yg first day buat. Hehe.


Anyway kredit to blog ni (Azie Kitchen). Sebab amik resepi dari blog dia. Tapi saya xdelah ikut sebijik 100%. Bahan2 tu memang follow dia. Cara penyediaan je ikut cara yang rasa memudahkan. Hehe. Thank u tuan tanah. Semoga diberkati.



Share sini supaya senang nak tengok balik akan datang.



Bahan-bahan:
Terung - belah 2 (tapi saya lepas belah 2, saya belah lagi kecik2)
1-2 helai daun limau purut (Daun ni pun saya potong2 sikit)

Bahan Kisar:
10 tangkai cili hidup
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato - boleh ganti dengan asam keping (Saya guna tomato mcm resepi ni.)
Garam
Gula (Yg ni sy x letak pun. hehe.)

Cara-cara:
1. Semua bahan di atas di tumbuk kasar. 
2. Mula-mula tumbuk semua bahan di atas. Akhir sekali baru masukkan tomato. (Tapi saya x rajin nak tumbuk. Sebab nak cepat. Balik keje terus masuk dapur utk memasak.So, saya guna blender je. Tapi blender kasar. Mula2 saya blender cili hidup, bawang putih & merah. Pastu baru masukkan tomato, utk blender.)
3. Goreng terung hingga layu. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan  minyak dan tumis bahan tumbuk. 
5. Masukkan terung.
6. Masukkan daun limau purut.
7. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.


Takde gambar. X ingat nak snap. Hehe. So, ni amik gambar dari blog Azie Kitchen ni gak. Hehe. Mohon izin ye tuan tanah. Semoga diberkati hidupmu. ;)