Pages

Saturday, 15 July 2017

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.






Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.




Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  





Nota:

Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

Wednesday, 5 July 2017

Resepi Ayam Ungkep


Tak ingat dah tgk resepi kat mana haritu. Ni saya copy dari Azie Kitchen. Lebih kurang gini lah saya buat dulu. Kene tepek sini, kot2 nak buat nanti xingat dah.

Bahan-bahan:
1 kg ayam - potong 10 - perap dgn garam & kunyit -- saya masak xsampai sekilo pun aritu.
2 batang serai - dititik
3 cawan air - ikut sukati saya nak letak air bnyk mana. rasa xsampai 3 cawan pun. 1/4 kotak santan - saya tak guna santan pun.
Garam/ gula/ perasa pilihan
1/2 keping asam keping - opsyenal -- saya tak letak pun ni.
Minyak masak
Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
Sejemput serbuk ketumbar
Sejemput serbuk jintan manis
Sejemput serbuk jintan putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
15 biji cili padi -- saya guna cili hijau je sebab xbole makan pedas. tapi xsmpai 15 pun sebab ayam pun xsmpai sekilo. hehe


Cara2:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan kisar.
3. Masukkan serai.
4. Masukkan ayam.
5. Gaul2 kan dia.
6. Tutup kuali.
7. Sesekali bukak2 la untuk kacau2 dia. Kot2 melekat ke ape ke.
8. Perasakan.
9. Kalau ayam dah empuk n masak, boleh dah tutup api.
10. Angkat dan hidang.

Tuesday, 18 April 2017

Resepi Terung Balado Padang

Saya tak minat sgt makan terung dari kecik lagi. Dah besar baru cuba2 nak makan. Tapi tetap bukan pilihan utama menu bila makan kt kedai. Hehe. Bila tak minat, so saya xpernah beli terung kt kedai apatah lagi masak.

Satu hari ni, ada dapat rezeki terung. Xtau nak buat masak apa ea dengan terung ni. Terus google resepi terung goreng balado. Jumpa yang ni. Nampak simple and senang je ni. So, i followwww. Resultnyaaa.. Alhamdulillah sedappp. Tanya my mom, "Ummi, sedap x? Xpernah masak terung. First time ni." Respon ummi, "Sedap. Cukup rasa semua." Hehe. Betul lah sedap bila dah rasa sendiri. Tapi, for me, ia sedap makan panas2. Kalau dah x berapa panas, kurang urmmphh. Sebab keesokan harinya buat lagi, tapi x terus makan lepas masak tu. So x feel mcm yg first day buat. Hehe.


Anyway kredit to blog ni (Azie Kitchen). Sebab amik resepi dari blog dia. Tapi saya xdelah ikut sebijik 100%. Bahan2 tu memang follow dia. Cara penyediaan je ikut cara yang rasa memudahkan. Hehe. Thank u tuan tanah. Semoga diberkati.



Share sini supaya senang nak tengok balik akan datang.



Bahan-bahan:
Terung - belah 2 (tapi saya lepas belah 2, saya belah lagi kecik2)
1-2 helai daun limau purut (Daun ni pun saya potong2 sikit)

Bahan Kisar:
10 tangkai cili hidup
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato - boleh ganti dengan asam keping (Saya guna tomato mcm resepi ni.)
Garam
Gula (Yg ni sy x letak pun. hehe.)

Cara-cara:
1. Semua bahan di atas di tumbuk kasar. 
2. Mula-mula tumbuk semua bahan di atas. Akhir sekali baru masukkan tomato. (Tapi saya x rajin nak tumbuk. Sebab nak cepat. Balik keje terus masuk dapur utk memasak.So, saya guna blender je. Tapi blender kasar. Mula2 saya blender cili hidup, bawang putih & merah. Pastu baru masukkan tomato, utk blender.)
3. Goreng terung hingga layu. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan  minyak dan tumis bahan tumbuk. 
5. Masukkan terung.
6. Masukkan daun limau purut.
7. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.


Takde gambar. X ingat nak snap. Hehe. So, ni amik gambar dari blog Azie Kitchen ni gak. Hehe. Mohon izin ye tuan tanah. Semoga diberkati hidupmu. ;)




Thursday, 16 February 2017

Kanser Lymphoma


Apa itu Lymphoma?
Terminologi lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan daripada sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang serta saluran yang menghubungi dipanggil limfatik atau saluran limfa. Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut.
Dalam lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik ini yang  dikenali sebagai limfosit, membiak tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan dikategori mengikut jenis sel yang merebak dan gejala yang ditunjukkan.
15% barah daripada kalangan kanak-kanak adalah lymphoma. Ianya jarang terdapat dikalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini daripada kanak-kanak perempuan.
Apakah jenis Lymphoma?
Lymphoma dibahagikan kepada 2 kategori, bergantung kepada bentuk sel barah. Ianya dikenali sebagai Hodgkin's Lymphoma (HL) atau  Hodgkin Disease (HD) dan non-Hodgkin Lymphoma (NHL).
Gabungan kedua-dua barah ini menjadikannya penyakit barah ke 3 dikalangan kanak-kanak.
  • Hodgkin's Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, seorang  Pakar Perubatan berbangsa Inggeris yang pertama menerangkan mengenai  penyakit tersebut pada tahun 1832. Jenis ini biasa terdapat pada kanak-kanak lebih tua atau remaja. Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak kurang daripada 5 tahun. Lymphoma jenis ini di definisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik, yang dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ yang terlibat.
  •  
  • Non-Hodgkin's Lymphoma. Nama ini di gunakan untuk semua bentuk  limfoma lain. Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat daripada umur kanak-kanak hingga remaja. Dalam non-Hodgkin's Lymphoma terdapat pertumbuhan sel limfosit yang spesifik (iaitu sejenis sel darah putih yang terdapat di kelenjar limfa). Pertumbuhan sel  limfosit malignant ini juga dilihat dalam barah darah  Leukemia ( ALL), yang  kadang-kala menyebabkan kesukaran membezakan antara Lymphoma dan Leukemia dikalangan kanak-kanak. Secara umumnya, bagi pesakit yang menghidap limfoma, tiada penglibatan sum-sum tulang atau penglibatan minima, sementara bagi  pesakit Leukemia penglibatan sum-sum tulang adalah secara meluas.
 Kedua-dua jenis ini terjadi daripada sistem limfa,tetapi berbeza daripada segi kesan terhadap badan, cara penyebaran serta tindak balas terhadap rawatan.
Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin seterusnya dibahagikan kepada sub-jenis berdasarkan kepada jenis spesifik sel yang terjejas, tahap kematangan yang dicapai oleh sel-sel dan penampilan mereka di bawah mikroskop. Sub-jenis ini boleh membantu doktor menentukan rawatan yang paling berkesan.
Apakah faktor risiko Lymphoma di kalangan kanak-kanak?
Punca sebenar Lymphoma dikalangan kanak-kanak tidak diketahui. Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada seseorang untuk mendapat Lymphoma. Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat barah ini tidak diketahui faktor risikonya.
Kanak-kanak berisiko tinggi mendapat non-Hodgkins Lymphoma jika mereka mempunyai salah satu seperti di bawah:
  • - Mempunyai kecacatan semula jadi di dalam sistem imuniti.
  • - Mereka telah menjalani pemindahan organ dan bergantung kepada ubat-ubatan yang melemahkan sistem imuniti.
  • - Mereka dijangkiti oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV).
  • - Mereka pernah terdedah kepada radiasi seperti kejadian kemalangan Reaktor Nuklear.
  • - Mereka pernah mendapat penyakit barah yang lain di masa silam dan telah dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi.
Dalam kebanyakan kes, tiada siapa yang dapat mengawal faktor yang menyebabkan Lymphoma terjadi. Kebanyakan Lymphoma terjadi daripada mutasi yang tidak diwarisi di dalam gen semasa pembentukan sel darah. Pemeriksaan secara berkala dikalangan kanak-kanak kadang-kala boleh mengesan simptom awal Lymphoma di dalam kes yang dikaitkan dengan masalah imuniti yang diwarisi, jangkitan HIV, kesan daripada rawatan barah atau rawatan pengubatan immuno suppressive untuk pemindahan organ.
Apakah tanda-tanda Lymphoma?
Tanda-tanda Lymphoma mungkin sama dengan penyakit lain yang bukan barah. Oleh itu ia sangat penting untuk anda berjumpa doktor jika anak anda mempunyai tanda-tanda yang membimbangkan.
Di bawah adalah tanda-tanda yang mungkin ada pada Lymphoma:
  • - Noda limfa yang terletak di permukaan biasanya tidak sakit, oleh itu ia terus membesar tanpa disedari.
  • - Pembesaran thymus atau noda limfa di dada boleh menekan saluran udara menyebabkan pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas atau kesukaran pernafasan.
  • - Ianya juga boleh menyempitkan salur darah utama yang menyalurkan darah dari kepala dan leher menyebabkan pembengkakan muka, leher, bahagian atas lengan dan dada.
  • - Kesukaran untuk menelan.
  • - Pembengkakan nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan kembung dan ketidak selesaan. Ianya juga boleh menyekat saluran najis dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah.
  • - Demam, hilang berat badan atau berpeluh pada waktu malam, kadang-kala dipanggil simptom B.
  • - Kegatalan kulit dalam kes-kes Hodgkin's Lymphoma.
Tanda non-Hodgkin's Lymphoma terjadi dengan cepat, kadang-kala dalam masa beberapa hari atau minggu sebelum ianya dikenal pasti. Sesetengah jenis non-Hodgkin's Lymphoma terjadi secara perlahan dalam beberapa bulan.
Bagi Hodgkin's Lymphoma, biasanya berlaku dalam jangka masa panjang, dan secara perlahan. Pembengkakan dan tanda boleh kelihatan sehingga setahun sebelum penyakit dapat dikesan dan kanak-kanak tersebut boleh kelihatan seperti normal. Walau bagaimanapun tanda B pada amnya merebak dengan cepat dan boleh dikesan dalam tempoh masa beberapa bulan penyakit dikenalpasti/disahkan.
Bagaimana untuk mengesahkan Lymphoma?
Doktor akan bertanya apa yang membimbangkan dan tanda-tanda yang ditunjukkan oleh anak anda, sejarah kesihatan yang lalu, sejarah kesihatan ahli keluarga, ubat yang diambil oleh anak anda, sebarang alahan, atau isu-isu lain yang dipanggil sejarah perubatan lalu. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengesan tanda-tanda Lymphoma.
Kadang-kala, apabila kanak-kanak dikesan mempunyai nodus limfa yang membengkak tanpa sebab, doktor akan memantau nodus tersebut secara teliti untuk memastikan sama ada ianya akan terus membesar.
Doktor juga akan memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jika nodus limfa terus membesar atau jika doktor mengesyaki ianya Lymphoma langkah seterusnya adalah melakukan biopsi. Ini akan melibatkan pengambilan sedikit tisu atau kadang-kala keseluruhan nodus limfa tersebut.
Bergantung kepada lokasi tisu yang akan disampel, biopsi mungkin dijalankan dengan menggunakan jarum halus berongga (dikenali sebagai jarum aspirasi) atau insisi pembedahan kecil yang dibuat di bawah bius setempat (kulit di sekitar tapak biopsi akan dibius). Kadang-kala biopsi mungkin perlu dilakukan dengan melalui pembedahan besar di bawah bius am. Keadaan ini dilakukan dalam kes biopsi “excisional” di mana keseluruhan nodus limfa yang besar atau nodus limfa yang berkaitan dibuang.
Tisu ini akan diperiksa oleh Pakar Patologi untuk menentukan jenis limfoma yang spesifik. Selain daripada ujian asas makmal, ujian yang lebih canggih juga dilakukan termasuk kajian genetik untuk menentukan jenis-jenis spesifik Lymphoma itu.
Anak anda juga perlu menjalani kajian imbasan seperti X-ray dada, CT scan, MRI, gallium scan untuk melihat gambaran di dalam tubuh. Setelah penyakit disahkan, doktor mungkin juga akan menjalankan ujian yang lain untuk mengesan sama ada Lymphoma ini telah merebak ke kawasan lain. Ini dapat membantu mengesan tahap barah tersebut di mana ianya sangat penting untuk merancang perawatan. Ujian sampingan termasuk:
  • - Pengiraan darah secara menyeluruh.
  • - Kimia darah, termasuk ujian hati dan fungsi buah pinggang.
  • - Aspirasi/sedutan atau biopsi sum-sum tulang untuk melihat sekiranya Lymphoma telah merebak ke sum-sum tulang.
  • - Pengambilan cecair dari saraf tunjang untuk mengesan sama ada barah telah merebak ke sistem ini. Ia cuma dilakukan dalam kes non Hodgkin's Lymphoma sahaja.
  •  
Bagaimana untuk merawat Lymphoma?
Rawatan untuk Lymphoma dikalangan kanak-kanak bergantung kepada tahap barah tersebut.
Menentukan tahap barah adalah cara untuk mengklasifikasikan pesakit mengikut tahap keterukan penyakit tersebut semasa di diagnosis (diagnosis).
Terdapat empat tahap Lymphoma, bermula dari tahap I (kanser yang melibatkan hanya satu kawasan nodus limfa atau satu organ di luar nodus limfa) hingga  tahap IV (kanser telah merebak, atau metastasis, kepada satu atau lebih tisu atau organ di luar limfa sistem). Penentuan tahap pada waktu penyakit di diagnosis boleh membantu pakar profesional perubatan dalam membuat keputusan mengenai terapi dan membantu doktor meramal peluang seseorang yang mempunyai limfoma untuk pulih dalam jangka panjang.
Kemoterapi (penggunaan dadah perubatan yang sangat mujarab untuk membunuh sel barah) adalah rawatan utama yang digunakan. Ini adalah bentuk yang paling penting dalam rawatan  limfoma bukan Hodgkin. Ia biasanya melibatkan penggunaan kombinasi beberapa ubat-ubatan dan rawatan boleh mengambil masa beberapa bulan. Limfoma Hodgkin dikalangan kanak-kanak biasanya dirawat dengan kemoterapi. Kadang-kala radioterapi (penggunaan sinaran bertenaga tinggi untuk mengecutkan tumor dan mencegah sel-sel kanser daripada berkembang) digunakan dalam situasi-situasi khas.
Adakah peluang untuk sembuh?
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sama ada penyakit Hodgkin atau NHL boleh sembuh, bererti mereka bebas daripada barah selama lebih dari 5 tahun.
Lebih kurang 90% kanak-kanak yang mengalami penyakit Hodgkin akan sembuh sepenuhnya (di mana tiada lagi sel barah di dalam badan) setelah menjalani kemoterapi. Penyembuhan dalam masa yang panjang (bebas dari penyakit selama 5 tahun atau lebih) dapat dicapai pada semua pesakit tahap satu atau tahap 2 dan sehingga 90% pada pesakit tahap 3, dan lebih daripada 60% bagi mereka yang tahap 4.
Bagi kanak-kanak yang menhidap  NHL, peluang sembuh sepenuhnya  adalah kira-kira 90% bagi mereka yang mempunyai tahap I atau tahap II pada masa diagnosis, dan hampir 70% untuk  mereka yang berada pada tahap III atau IV.
Walaupun kebanyakan kanak-kanak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan, sebahagian kecil daripada mereka akan  mengalami penyakit yang berulang (relapse) akibat alahan sel barah ini terhadap rawatan yang telah diberikan. Bagi kanak-kanak ini, dos ubat kemoterapi yang tinggi diikuti dengan pemindahan sum-sum tulang atau pemindahan sel stem merupakan satu pilihan rawatan. 


Copy dari sini. Kredit to this blog: 
http://misscities12.blogspot.my/2015/05/kanser-limfoma-tahap-4_23.html

Thursday, 21 July 2016

Program CREAM UTM bagi Calon Pegawai Gred 41

Kira-kira seminggu sebelum raya (minggu terakhir Ramadhan) dapat emel dari UTM untuk hadir ke Program CREAM utk jawatan S41. Program CREAM tu ape? Kira macam ujian saringan untuk tapis calon2 yang layak untuk ke peringkat temuduga.

Terdapat 3 ujian dalam program ini, iaitu Ujian Kecergasan (Larian 2.4km), Ujian Kompetensi, dan Ujian Psikologi. Dalam surat (emel) menyatakan, hanya calon yang melepasi ujian kecergasan sahaja yang akan pergi ke peringkat seterusnya iaitu ujian kompetensi dan ujian psikologi.


Ujian Kecergasan

Berdebar untuk menyelesaikan ujian kecergasan, sebab tahu memang tak laju berlari. Kurang exercise, so badan memang lemau. Langkah yang diambil adalah buat training jogging. Sempat la jogging sorang2 pagi2 sebelum g keje atau petang2 lepas balik keje. Bila pikir balik, boleh pun berjogging. Tinggal nak atau tak je. Hehe. Aku ni lak jenis kalau nak sesuatu tu, aku akan cuba sedaya upaya. Tu yang joging sorang-sorang pun boleh jadi. Lagipun tak nak otot terkejut kalau datang pada hari kejadian terus berlari. Masa training sorang2 tu, sempat la amik kiraan masa. Tapi peringkat awal, memang sakit la kaki. Otot terkejut kot. Antara persediaan lain yang aku buat, bertanya dengan student sport science pasal teknik larian 2.4 km ni. Nasihat yang diberi tu, kebanyakannya aku follow.

So, pada hari kejadian, alhamdulillah aku boleh maintain langkah larian aku, n tak penat pun. Mungkin sebab follow teknik pernafasan yang student tu ajar aku (teknik yang sesuai untuk orang yg jarang training mcm aku). Cuma langkah aku tak besar. Sebab kaki aku sakitttt. Aku xtau kenapa pada hari kejadian tu, boleh pulak kaki aku sakit. Start sakit masa urusetia bawak kitorang slow jog (joging perlahan) pusing satu round padang stadium sebelum memulakan ujian. Tetiba aku rasa sakit kaki aku. Bukan sakit biasa macam buat training tu. Kawan aku kata maybe tu urat.Silap step agknye. Tahla. Xkisahla. Janji lepas.

Aku xtau berapa masa yang aku ambil untuk larian 2.4km ni. Sebab urusetia bagitau, asalkan dapat habiskan 2.4km tu. Xkisahla macamana keadaan sekalipun. Ikut kemampuan badan masing-masing. Tapi by the time aku dapat habiskan larian (6 laps), rasa macam tak percaya pun ada. Seronok masa urusetia jerit kat kita yang kita adalah last lap. Aku rasa masa yang aku ambil 20minit++ kot. Sebab aku tengok pada jam besar kat stadium tu. Lagipun, masa aku training sendiri tu, aku dah tgk kiraan masa, 1km aku boleh habiskan dalam 10minit. Kira okey lah untuk aku yang jarang berlari ni. By the time aku habis larian tu, masih ramai lagi yang belum habis. So rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah. I did it!! Dapat pegi ke ujian yang seterusnya.

Cuma untuk ujian kecergasan larian 2.4km ni, akan ada point berdasarkan tempoh masa larian kita. Sebab urusetia memang suruh kita habiskan larian tu. Dia kata, even dapat 1 point pun xpe. Just try. ;)

So, nasihat aku pulak, please dont give up kalau rasa kita ni tak kuat berlari. Try cari masa untuk training. Kalau tak ada sape2 nak teman, buat sorang2 pun xpe. Tapi pastikan tempat tu selamat lah. Kalau rasa kawasan nak joging tu bahaya, then better dont pegi sorang2. Xpun try berbasikal ke, atau buat apa sahaja senaman untuk dapatkan stamina badan. Kalau tak, risau otot terkejut nanti kalau main terus terjah.


NEXT test.... Ujian Kompetensi

Ha...ujian ni yang paling menggerunkan. Soalan die semua mencabar minda. Sebab antara perkara yang diuji dalam sesi ujian ini adalah kemahiran artikulatif, berdaya tahan, analitikal, entreprenural, inovatif, global, etc. Part ujian ni, semuanya kene bercakap. Ada yang berkumpulan, dan ada yang individu. Tapi semuanya kena bercakap. Kalau ko rasa ko memang nervous tahap kritikal bila kene bercakap, better ko try praktis bercakap2 dalam discussion ke, perbincangan kumpulan kecil ke, dalam meeting ke, etc. Praktis untuk lontarkan idea.

So, mula-mula urusetia akan bahagikan kumpulan. Lepas tu baru edarkan soalan, dan bagi penerangan ringkas untuk soalan tu. Masa aku ujian aritu, total ada 3 soalan. Tapi die akan bagi berperingkat. Bukan selepuk bagi kertas soalan. Ada 2 sesi. Sesi pagi dan petang. Untuk sesi pagi, dapat dua tugasan. Tugasan pertama, Mind War. Yang ni kene berdebat. Kita akn cabut undi sama ada kita ni pasukan pencadang atau pembangkang. Topik Soalan telah diberi masa taklimat pembahagian kumpulan tu. Masa diperuntukkan untuk setiap peserta adalah 8 minit. Ada penilai yang akan menilai kita. Dan penilai boleh tanya apa2 soalan semasa kita membentang point kita tu. Owh ye, part ni, kena bercakap dalam bahasa inggeris tau. Memang mind war sungguh. Kadang tu rasa susah nak explain sebab tak terkeluar term yang kita nak cakap tu dalam english. Tapi, penilai memang akan saiko kita sebab nak tengok daya tahan kita kan. So, kene prepare mental dan emosi.

Next part, nama ujiannya One Talk. yang ni, kita kene cabut undi no soalan. Contoh kita cabut, then dapat No 1. Pastu nanti, kita kene ke depan baru penilai tu akan bacakan soalan untuk No 1. Dan diberi masa 15 saat untuk berfikir, dan kemudian kene bercakap point kita tu dalam masa 2 minit. Yang ni kene bercakap dalam bahasa melayu. Soalan2 die semua pasal isu semasa, contoh mcm penggunaan lorong kecemasan, harga minyak, 1 Malaysia, kos sara hidup, dsb. Bagi aku, soalan tu semua memang senang. Sebab kita boleh bercakap apa sahaja yang kita terlintas berkaitan topik. Jangan diam. At least bercakap. Tapi, yang menjadikan kita macam nervous n blank nak cakap apa, adalah tempoh masa yang diberikan. Terlalu singkat, n kita akan cakap apa point shj yang terlintas di kepala. Boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Tapi, penilai ada kata, yang xde salah n xde betul. So, maksudnya, bercakap je la kan. Yang penting bercakap. Yela, Kata untuk position 41. Of course level pegawai. Jadi pegawai xkan xpandai bercakap kan. Selain aspek yang dinilai ialah analitikal, dsb.

Owh ye, sepanjang penilaian untuk mind war and one talk ni, penilai memang akan jaga masa, dan loceng akan dibunyikan untuk start dan untuk akhir. Penilaian ni semua berlangsung dalam bentuk kumpulan kecil yang telah diberi pada peringkat awal. Dan setiap kumpulan akan diletakkan di bilik2 tertentu.


Selesai mind war and one talk, then rehatttt... Pastu sambung untuk sesi petang..


Untuk Sesi Petang, mcm biasa, kena daftar dulu lah attendance. Then diberi tugasan berikutnya, dan sedikit penerangan berkaitan tajuk. Untuk sesi ni, masih duduk dalam kumpulan yang diberi, tapi tugasan ni secara individu. Diberi masa untuk prepare slide selama 30minit, then presentation 7 minit, Q&A 3 minit. Untuk sesi ni, masa kita present tu, hanya kita dengan penilai shj. Calon lain kene duduk tnggu di luar bilik. Dan..aku memang pening tahap gaban bab task ni. Kene buat business proposall..then present... ko rasa?? Forecast income sume lah. Aiyooo... Aku dahla bukan business minded. Memang antara benda yang nak dinilai adalah kita ni business minded person or tak. Business main juta2 punya tau. beratus juta. Haha. Amikk..

Soalan die berkisar tentang UTM. Die bagi situasi soalan, iaitu pasal tanah UTM di suatu lokasi. Detail pasal lokasi ada disertakan. Siap peta sume lah. Ade keluasan tanah & nilai pajakan premium ke ape tah istilah die cmtu lah. Lepastu kita kena cadangkan projek pembangunan apa yang sesuai untuk dibangunkan di kawasan situ termasuk kos pembangunan, jangkaan pendapatan, nilai dan saiz pasaran sume lah. Hahaha. Tapi bagi aku, ini semua pengalaman. Boleh buat ke tak boleh buat ke, redah je, n buat je. Jangan mengaku kalah.

Owh ye..laptop kita kena bawak sndri tau. Sbb nak prepare slide power point. Aku buat je pape pun. Hentam je pape pun. Cakap je lah pape pun. Die tanya, aku jawab je. Haha. Betul salah belakang kira. yang penting, at least ade la point kita kan.

So far, bagi aku, overall untuk ujian kompetensi ni, aku suka gak sbnrnya. Sebab die mencabar minda kita. Aku ni dah lama tepu dengan kerja harian. hahaha. Rasa bergerak lah otak n minda aku dengan kena pikir benda2 mencabar macam tu. Bgus sebenarnya program macam ni untuk pembangunan diri kita. Dan rasa bersyukur sebab terpilih untuk ujian saringan ni. Sebab ia merupakan pengalaman bagi aku. Ujian kompetensi ni bukan biasa2. Memang betul2 menguji kompetensi kita. Kompetensi tu maksudnya cekap kan. So menguji tahap kecekapan kita lah kan. Hehe..


LAST...Ujian Psikologi

Untuk ujian yang ni..xde ape sangat..Jawab je dengan jujur pasal diri kita.. Sebab tu untuk menilai personaliti kita. CUMAA... aku terperasan yang aku silap jawab masa mula2 tu. Dahla tak boleh betulkan semula tau apa yang kita dah jawab. Aku dah cek dah sbnye..tapi tah mcm mana silap tanda. Sepatutnya aku nak tanda pada "TIDAK BENAR", Tapi Tertanda pada "SANGAT BENAR". Huhuhu. Contoh soalan; 'Saya tidak pernah berbohong sepanjang hidup saya'. Boleh pulak aku tanda SANGAT BENAR. Hahaha. Nampak no nipunya kan. Tpi syukur alhamdulillah, aku perasan awal gk. Ade lah dalam 20 lebih soalan kot yang aku salah tanda. Buatnya aku salah tanda semua 83 soalan. Lagi naya... huhu..
Untuk sesi ujian ni, dibuat di makmal komputer, sebab soalan semua dalam sistem, Nanti sistem terus calculate result kita. Kita boleh tengok dalam bentuk graf dan huraian pasal personaliti diri kita.

Abis jawab untuk ujian temuduga, then boleh balikkkk... Haha... kitorang dah rasa mcm tengah orientasi pulak..


Apa pun, semua yang aku lalui sepanjang Program CREAM ni, merupakan suatu pengalaman yang tak ternilai. Sebab program ni baru lagi diperkenalkan di UTM. Sebelum ni, shortlisted terus ditemuduga.

Aku serah pada Yang Esa yang memegang rezeki setiap hambaNya. Jika ada rezekiku di situ, In shaa Allah tak ke mana. Semoga yang terbaik di sisiNya.



Sekian.... sharing dari aku.. Sape2 yang tersampai di sini sbb mencari2 psl ujian cream ni... I wish U All the best. Good luck ye. Semoga dipermudahkan. Buat sahaja yang terbaik. Dan percaya bahawa rezeki kita Allah yang pegang. Tugas kita adalah berusaha. Yang lain, serahkan padaNya.


Nota kaki: Program CREAM ni, campur gk dengan satu lagi jawatan lain. Tpi gred 41 juga. 



::UPDATE:::

Aku dapat gak panggilan temuduga. Kalau xsilap, 4hb September 2016 kot. Bertanya2 gak kawan2 peserta yang lain. Rata2 dapat gak interview ni. Mungkin semua peserta dipanggil interview. Mungkin juga ada tapisan. Tak pasti.

Result temuduga lak, mengecewakan. Gagal. Huhu. Sebelum ni, aku berjaya stage interview sebagai calon simpanan je. Ingatkan kali ni pergi, kot la Berjaya kan. Tapi tak jugak. Rezeki memang hak mutlak Allah. Semoga ada rezeki ku satu hari nanti. Kalau bukan bidang ini, mungkin bidang mengajar ke. In shaa Allah. Doakan saya ye sesiapa yang tersinggah di blog ni. Hehe.

Tuesday, 7 June 2016

Checklist for Evaluating Web Resources


Is the Web a good research tool? This question is dependent on the researcher's objective. As in traditional print resources one must use a method of critical analysis to determine its value. Here is a checklist for evaluating web resources to help in that determination.

Authority
Is the information reliable? 
Check the author's credentials and affiliation. Is the author an expert in the field? 
Does the resource have a reputable organization or expert behind it? 
Are the sources of information stated? Can you verify the information? 
Can the author be contacted for clarification? 
Check for organizational or author biases.
 
Scope
Is the material at this site useful, unique, accurate or is it derivative, repetitious, or doubtful? 
Is the information available in other formats? 
Is the purpose of the resource clearly stated? Does it fulfill its purpose? 
What items are included in the resource? What subject area, time period, formats or types of material are covered? 
Is the information factual or opinion? 
Does the site contain original information or simply links? 
How frequently is the resource updated? 
Does the site have clear and obvious pointers to new content?
 
 
Format and Presentation
Is the information easy to get to? How many links does it take to get to something useful? 
What is the quality of the graphical images? Do these images enhance the resource or distract from the content? 
Is the target audience or intended users clearly indicated? 
Is the arrangement of links uncluttered? 
Does the site have its own search engine? 
Is the site easily browsable or searchable?
 
 
Cost and Accessibility    
Is the site available on a consistent basis? 
Is response time fast? 
Does the site have a text-based alternative? 
How many links lead to a dead-end? 
Is this a fee-based site? Can non-members still have access to part of the site? 
Must you register a name and password before using the site?
 
 
Other Tips 
Check the header and footer information to determine the author and source. 
In the URL, a tilde ~ usually indicated a personal web directory rather than being part of the organization's official web site. 
In order to verify an author's credentials, you may need to consult some printed sources such as Who's Who in America or the Biography Index
Check and compare the web site to others which are both similar and different.

Wednesday, 28 October 2015

Google Drive tu ape?

Tak cuba maka tak tahu. Sudah tahu maka kena kongsi dengan orang.

Sape pernah dengar istilah google drive? Tahu ke apa function google drive tu? Yang dah tahu..baguslah.. yang tak tahu.. Meh nak story cikit.

Google Drive membolehkan anda menyimpan, mengakses, dan mengedit fail/dokumen anda di mana sahaja anda berada (selagi mempunyai akses kepada internet). Antara perkara yang boleh anda lakukan di dalam Google Drive adalah:
  • Download, upload, create, store, and edit files.
  • Share files and folders with family and friends
  • Organize files into folders
  • Store files so that you can get to them from any device
  • Keep your files safe and accessible
Senang cite, xpayah la nak bawa pendrive/ hardisk ke hulu ke hilir.. Mudah kan? Tapi ada limit lah storage dalam Google Drive tu.. Free hnya utk 15GB. Nak lebih storage, kene upgrade, then kene bayar la kt Google..hihi..



Cara Menggunakan Google Drive

1. Mempunyai Akaun di Google. - Anda mestilah mempunyai akaun di Google. Jika belum ada, sila buat ya.
2. Pergi kepada Google Drive di drive.google.com 
3. Kemudian klik "Go to Google Drive"
4. Sign in pada akaun anda (masukkan Username & Password)
5. Berjaya! (Layout Google Drive seperti gambar di bawah)
     



  
Cara untuk buat satu Folder Baru
1. Klik "NEW"
2. Klik "Folder" 
3. Letak nama Folder
4. Klik "CREATE"


Cara untuk upload file ke dalam Google Drive


1. Upload a file: Choose your file, and click OPEN.